Perkara utama yang akan dilihat oleh pemeriksa dalam penulisan tesis anda ?>

Perkara utama yang akan dilihat oleh pemeriksa dalam penulisan tesis anda

Antara aspek utama yang harus diberi perhatian dalam kajian kuantitatif :

  1. Pengenalan-penulisan umum tentang konteks kajian yang dipilih. Berikan sedikit latarbelakang dan situasi tentang aspek yang ingin dikaji.
  2. Aspek pernyataan masalah-Adakah isu dan masalah yang anda ingin utarakan? Perlu selari dengan objektif/persoalan kajian anda. Apakah jurang daripada kajian lepas yang ada?
  3. Apakah kerangka konseptual dan kerangka teori kajian anda?
  4. Adakah objektif/persoalan kajian anda selari dengan isu dan masalah dalam pernyataan masalah?
  5. Definisi istilah  dan operasional kajian anda. Rujuk kepada literatur berkaitan bukannya kepada definisi daripada kamus.
  6. Kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan pemboleh ubah kajian-Adakah sintesis dan analisis kritikal kajian dilakukan? Adakah wujud jurang dalam kajian lepas yang menyebabkan anda ingin melakukan kajian anda?
  7. Apakah rekabentuk kajian anda? Mengapa anda pilih rekabentuk kajian ini?
  8. Bagaimana sampel kajian/responden dipilih? Perlu diperincikan dalam penulisan.
  9. Adakah instrumen kajian ditentukan kesahan dan kebolehpercayaan nya? Bagaimana proses tersebut dilakukan? Adakah modifikasi item dibuat? Jika ada, item yang mana? Mengapa diubah?
  10. Adakah dapatan kajian anda menjawab persoalan kajian anda? Jangan membuat intepretasi terhadap dapatan anda disini, simpan untuk bahagian perbincangan nanti.
  11. Adakah perbincangan kajian merujuk merujuk kepada kajian lepas/teori serta memberi hujah dan justifikasi terhadap dapatan kajian tersebut? Apakah kajian ini selari atau tidak selari dengan kajian sebelumnya? Mengapa? Harus diingat perbincangan bukannya ulangan daripada dapatan kajian. Disini sepatutnya statistik yang digunakan dalam dapatan tidak dipaparkan lagi.
  12. Apakah sumbangan baru kajian anda? Apakah implikasi kajian anda kepada teori dan amalan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *